Minggu 15 - Seminar Dan Pameran Tmk Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini Dan Mendatang.

Seminar
Menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu.

Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :
  • Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
  • Penggunaan komputer di sekolah
  • Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer :
  • Memberi kesempatan diskusi berkaitan bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
  • Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar
Kelebihan
  • Berguna kepada peserta yang terlibat
  • Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
  • Menyediakan bahan dan keterangan yang baru
Kekurangan
  • Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
  • Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
  • Sering dijalankan untuk seminar pendidikan

Pameran
Menurut Muhd Abi Sofian dalam bukunya Mengurus Gerai Pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pameran bahasa Melayu berbantukan komputer
  • Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
  •  Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
  • Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang

Minggu 14 - Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu


CAKERA PADAT

  • CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat.
  • Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.
Bagaimana cakera padat menyimpan data?

  • Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera.
  • Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan.
  • Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
  • Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya.
  • Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
  • Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera.
  • Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.
 
Perbezaan CD dan DVD

Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.


 

Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.

Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.


 

Format DVDCiri-ciri
DVD-RDVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.
DVD+RSama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-RAMDVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.
DVD-RWDVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secara urutan.
DVD+RWSama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-R/WSama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).
DVD+R/WSama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)

 

Jenis cakera padat

a)    Cakera Liut
         Cakera liut (floppy disk) adalah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan plastik.
         Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis yang mudah lentur.
         Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan ia dibaca menggunakan pemacu cakera liut.

b)    Cakera keras
         Cakera keras (hard disk) merupakan antara peranti yang menyimpan data yang banyak
          Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik.
         Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa sektor.
         Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki. Ia bergerak setiap masa setiap kali arahan diberikan.
         Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB.
         Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari.

c)    Cakera Optik
         Cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh cakera optik.
         Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait).
         Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja.
         Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut)
         Terdapat tiga jenis cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan baca sahaja. (CD-ROM), WORM (cakera padat jenis write once, read many). dan cakera optik boleh padam.
         Setiap jenis cakera optik tersebut memerlukan pemacunya sendiri.

 

d)    Cakera Kilat
        Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB.
        Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja.
        Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB[1] dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait. 
        Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kali[2][3] serta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun,[4] disambung menggunakan penyambung USB 1.1 atau USB 2.0.

Minggu 13 - Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu


ANIMASI

  • Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik.
  • Ia membolehkan sesuatu yang sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan
  • . Penggunaan animasi boleh menceriakan proses penyampaian, di samping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
  • Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR). Format fail animasi tambahan adalah seperti format fail Quick Time (mov) atau Video for Windows (avi).

 

MENGGUNAKAN ANIMASI DALAM POWERPOINT

Langkah 1

Membukakan Microsoft Powerpoint



Langkah 2

Manaipkan maklumat yang ingin dianimasikan



Langkah 3

Menekankan butang "custom animation"


Langkah 4

Pilih animasi yang diingin



Langkah 5

Hasil yang didapati


Minggu 12 - Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.


Mengarang ialah membuka dan menyelaraskan semua komponen media yang telah disediakan bagi aplikasi muktamad multimedia. Ini hanya dilakukan dengan menggunakan perisian yang digelar sebagai alat pengarangan.

PERSPEKTIF ALAT PENGARANGAN


 

CARA-CARA MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM MENCAPAI KEMAHIRAN BAHASA
(*dengan menggunakan Power Point)




Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

  • Contoh karangan dipilih dan disunting ke dalam bentuk nota isi-isi penting menggunakan Power Point.

Minggu 11 - Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video


Sidang Video

  • Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  • Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
  • Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
  • Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling
  • Pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
  • Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi

 

Jenis sidang video

i. Banyak ke banyak
ii. Satu ke banyak
iii. Satu ke satu

 
Contoh penggunaan siding video


 

Kebaikan Dan Kelemahan Menggunakan Telesidang


 

Perisian Sidang Video


 

Transmisi Sidang Video

Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu :


 

Penggunaan Perisian Skype

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

 
Hasil


Cara keluar dari perbincangan..


Hasil

 


Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

Langkah pertama

Menyediakan slide yang hendak diajar. - kemahiran bertutur


  

Langkah kedua

Menghantar kepada ahli kumpulan berbincangan


  

Langkah ketiga


Hasil