Minggu 14 - Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu


CAKERA PADAT

  • CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat.
  • Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.
Bagaimana cakera padat menyimpan data?

  • Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera.
  • Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan.
  • Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
  • Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya.
  • Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
  • Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera.
  • Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.
 
Perbezaan CD dan DVD

Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.


 

Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.

Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.


 

Format DVDCiri-ciri
DVD-RDVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.
DVD+RSama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-RAMDVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.
DVD-RWDVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secara urutan.
DVD+RWSama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-R/WSama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).
DVD+R/WSama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)

 

Jenis cakera padat

a)    Cakera Liut
         Cakera liut (floppy disk) adalah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan plastik.
         Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis yang mudah lentur.
         Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan ia dibaca menggunakan pemacu cakera liut.

b)    Cakera keras
         Cakera keras (hard disk) merupakan antara peranti yang menyimpan data yang banyak
          Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik.
         Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa sektor.
         Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki. Ia bergerak setiap masa setiap kali arahan diberikan.
         Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB.
         Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari.

c)    Cakera Optik
         Cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh cakera optik.
         Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait).
         Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja.
         Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut)
         Terdapat tiga jenis cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan baca sahaja. (CD-ROM), WORM (cakera padat jenis write once, read many). dan cakera optik boleh padam.
         Setiap jenis cakera optik tersebut memerlukan pemacunya sendiri.

 

d)    Cakera Kilat
        Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB.
        Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja.
        Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB[1] dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait. 
        Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kali[2][3] serta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun,[4] disambung menggunakan penyambung USB 1.1 atau USB 2.0.

No comments:

Post a Comment