Minggu 1 - Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu


Menggunakan web, video, audio, dan imej

  • Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
  • Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan. 
  • Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
  • Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
  • Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.



  • Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
  • Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.
  • Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.


Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :




Menyimpan Bahan Dalam Fail Internet dan Katalog Internet

  • Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
  • Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
  •  Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
  • Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.
  • Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
  • Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. 
  • Yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
Contoh Fail Internet
  1. Khasiat buah
  2. Buah- Buahan Tempatan
  3. Ayat Inti
  4.  Kata Ganda
  5. Kata Arah
  6. Kata Keterangan
  7. Kata Bilangan
  8. Kata Pembenar
  9. Kata Sendi
  10. Kata Pemeri
  11. Kata Nafi
  12. Kata Penegas
  13. Kata Penguat
  14. Kata Bantu
  15. Kata Pangkal
  16. Kata Perintah
  17. Kata Tanya
  18. Kata Ganda
  19. Kata Seru
  20. Kata Sifat
  21. Tatabahasa
  22. Golongan Kata Nama
    http://www.tutor.com.my/stpm/Golongan%20kata%20nama/golongankatanama.htm

  • Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
  • Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
  • Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis

 Contoh katalog


Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/
simp.php?pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.

No comments:

Post a Comment